Live Life To The Fullest

Live Life To The Fullest

Wednesday, 1 January 2014

Kenapa Perlu Kaya..?


ADA 7 SEBAB MENGAPA KITA PERLU KAYA.

Saya amat tertarik bila membaca satu artikel mengenai mengapa kita perlu kaya. Secara dasarnya orang akan nampak kita terlalu mengejar dunia, mengejar kakayaan. Tapi pada bila difikir pada sudut positif ianya terlalu bermakna dan tersentuh.

Mengapa saya berkata demikian?... Sebab saya amat tersentuh apabila membaca artikel tersebut. Membuat saya seolah terjaga dari tidur yang lena sebelum ini. Allahuakbar!


7 SEBAB MENGAPA PERLU KAYA
  • Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam Ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat dan impian mereka? 
Tergamakkah kita berkata " aku pun takde duit"


  • Bila ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka? 
Tergamakkah kita berkata " aku pun tak cukup makan"

  • Bila ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil-bil klinik, hospital dan kos perubatan mereka?Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta-minta   dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi memahamikah kita keadaan mereka.
Tergamakkah kita berkata " aku pun banyak hutang kena bayar bulan ni"


  • Bila ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak-anak datang menjenguk, siapa yang akan pulang menjenguk mereka. Sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata " aku bukan taknak balik tapi tak dapat cuti"

  • Bila ibubapa anda ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisnya dan menguruskan jenazahnya. Perhatikan wajah ibu/ bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka, adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita berkata, "aku bukan tak nak baliktengok mak/ bapak aku masa dia sakit tempoh hari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat"

  • Bila ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi seorang ibu atau ayah? Benarlah, ibu atau ayah boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga ibu atau ayah.
Tergamakkah kita berkata, "aku sibuk, biarlah adik beradik aku yang lain uruskan"

  • Bila ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan? Ketahuilah, walau apa pun yang kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu... setitik keringat ayah... apakah nilainya pada kita? Lupakah kita bagaimana ibubapa kita? Boleh kita bayangkan bersama-sama? Sedarlah saudara dan saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup. Sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat-sangat besar.  


Buktikan!!! Biarlah 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR-BENAR NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkan lah kejayaan sebelum mereka menghembus nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI SENDIRI...

Al-fatihah untuk kedua ibubapa kita, moga Allah merahmati mereka.

Sharing is caring.... sebarkan ilmu bermanfaat ini    

Jika anda suka dengan entri ini, mohon anda tekan like button di atas title posting. Semoga entri boleh memberi inspirasi dan manfaat kepada orang lain juga.
          

Tuesday, 24 December 2013

Balik Kampung...ho..ho...ho...


Balik kampung..ho..ho balik kampung...siapa tak suka balik kampung??.... semua orang suka kan...tempat jatuh lagi dikenang....ini kan tempat bermain....tempat membesar....

Minggu lepas berpeluang balik kampung...walaupun tak lama hanya 3 hari namun tetap best... Takleh nak balik lama-lama sebab cuti pun dah takde... So enjoy jer lah 3 hari.... Alhamdulillah...

Terbang ke Kampung Halaman.


Indahnya ciptaan Ilahi.

Jumaat pagi pagi lagi bergerak ke LCCT untuk terbang di awan biru menuju ke Kampung Sabak, Pengkalan Chepa. Air Asia jadi pilihan...sebab??....ermm murah ler..hehe...Yang paling excited si kecik hensome tu lah sebab dapat naik aeroplane... Asal cakap nak naik aeroplane jer fuhhhh bulat bijik mata....haiyaa...


Jakun betul budak ni.

Alhamdulillah pukul 9.30 pagi selamat sampai di bumi kota bharu. Abah dan Mak dah bersedia menunggu kat airport. 
Menunggu anak-anak dan cucu-cucu tersayang balik.



Cucu-cucu kesayangan Atok



Makan Pagi.

Perot dah lapar nih... dah pukul 9.30 pagi harus ler lapar..huhu... Jom breakfast dulu... Tempat yang menjadi pilihan setiap kali balik kampung ialah Kopitiam Kita. Kopitiam ni memang menjadi pilihan ramai... Setiap kali datang pasti ramai orang.. Ape yang best??... jom tengok..


Kopitiam Kita menjadi pilihan ramai.

Kopitiam Kita terletak di Dusun Raja, Jalan Pengkalan Chepa, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Pemilik kedai ini berbanga Cina iaitu Mr N H Wong ( 019 981 0880) merupakan seorang kontraktor pada asalnya dan berubah ke bidang perniagaan pada 6 tahun lalu. Gerai yang pada mulanya dibuka pada tahun 2006 ini telah menjadi kegemaran masyrakat di Kota Bharu dan telah ramai tetamu VIP melawat dan singgah makan disini.



Terdapat pelbagai jenis nasi bungkus termasuklah nasi belauk yang menjadi kegemaran masyarakat Kelantan

Keistimewaan Kopitiam Kita ini adalah pemilik kedai ini menyediakan pelbagai jenis menu makanan. Pelbagai jenis makanan dari sekitar negeri Kelantan dikumpulkan disini dan disebabkan itu anda boleh memilih pelbagai jenis makanan tradisonal yand anda terasa ingin makan keranan semuanya ade disini.

Selain harganya yang murah dan makanan yang sedap, kopitim kita juga terkenal dikalangan tetamu kenamaan dan disebabkan itu ramai orang datang kesini dari seluruh peringkat umur. Makanan disini dijamin halal kerana ia dimasak oleh orang Islam dan anda tidak perlu risau untuk kesini.

Antara juadah yang terdapat disini ialah Nasi Belauk, Nasi Dagang, Nasi kerabu, Laksam, Satay dan macam-macam lagi.


Nasi Tumpang, juadah favourite Hafiy

Anda pernah nampak atau makan Nasi Tumpang tak? Ini adalah salah satu makanan tradisonal Kelantan. Nasi dan lauk yang dimasak secara original dan dimasukkan kedalam bungkusan daun pisang mewangikan lagi juadah.



Penyanyi No 1 Negara pun pernah ke Kopitiam Kita

Kalau anda perasan yang dekat dinding kedai terdapat banyak gambar-gambar. Itu adalah gambar-gambar orang kenamaan atau artis-artis yang pernah datang ke Kopitiam Kita. Pemilik kedai mengabadikan setiap gambar sebagai dekorasi kedai.

Satu lagi menu yang paling special disini ialah Roti Titab. Menu ini memang menjadi pilihan saya setiap kali datang kesini. Menu ini berasal dari Singapura dan amat sukar untuk didapati di Malaysia. Gabungan roti bakar bersama kaya dan telur separuh masak memang terbaik.



Gabungan telur separuh masak dan Roti Titab memang akan menyempurnakan pagi anda...hehe

Alhamdulillah. Perot dah kenyang. Jom balik rumah. Balik kampung kali ini sangat bernasib baik sebab kebetulan ada Kelas Magic Santai dari Master Zahirah. So memang tak leh lepaskan peluang keemasan ini. Nanti entri seterusnya saya story pasal Kelas yang penuh dengan aura tu yer... daaaa...



Kampung ku indah permai...hehe

salam sayanggsss....








Monday, 2 December 2013

Kurus Dengan Omega Guard..


Bulan ni saya nak panggil bulan kurus..... kenapa yea?...hehe.... sebabnya December 2013 adalah promo untuk Omega Guard. BUY 6 FREE 1.... waahhh memang terbaik lah....




Tapi ape kaitan kurus dengan Omega Guard??...
Ermm mungkin masih ade yang belom mengetahui kebaikan produk Omega Guard dari Shaklee.... Tapi serius saya cakap Omega Guard ni adalah salah satu vitamin favourite saya... setiap malam sebelum tidur saya pasti mengambil sebiji Omega Guard... Tujuan??... haaa terbaik punya tujuan.... tujuan untuk pelawasan di pagi hari esoknya... terbaik kann.... :)

Dan berita baik bagi mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.... Omega Guard berfungsi sebagai pembakar lemak. Tapi macam mane Omega membakar lemak??

Omega Guard berasal dari minyak ikan. Dan fungsi minyak ikan adalah membantu membakar lemak yang termendap. Didalam Omega Guard terkandung Omega 3 dimana fungsinya melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam. Maka disaat anda sedang bersenam pembakaran lemak akan berlaku dengan aktifnya. 

Omega 3 berfungsi untuk:

  • Menghalang pembentukan lemak
  • Menambah metabolisme
  • Membakar lemak termendap.
  • Menghalang penghasilan hormon cortisole yang boleh menggalakkan penyimpanan lemak
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah.
  • Menambah kadar penghasilan serotonin iaitu sejenis kimia otak yang buat kita rase kenyang, so boleh lah control makan dan berdiet...
Sebagai tambahan, pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dari kebiasaan. Apabila insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin Rendah juga membantu mengawal gula. Maka gula atau karbohidrat tidak akan menjadi lemak.

Ok rasenya sudah jelas bagaimana memilih produk untuk kuruskan badan. Adalah penting bagi setiap orang memilih produk yang sihat dan menjamin kesihatan. Apa yang penting kurus secara sihat. 

Ingin dapatkan harga promo??.... saya boleh membantu... 

Salam ukhwah :))


Sunday, 24 November 2013

Mee Celup!!... All Time Family's Favourite...





Alhamdulillah siap!!
Juadah makan tengahari setel... Arini makan mee jer... hehe

Rindu giler nak makan mee celup ni... kat KL ni susah nak dapat mee celup yang sedap.... so susah sangat buat sendiri jer lah.... lagi berbaloi.... then bila siap memang berbaloi baloi lah.

Mee celup ni memang hidangan spiritual family saya... Ape taknya satu family suka.... satu family giler kan menu mee celup nih... bagi saya mee celup air tangan mak saya adalah terbaikkk.... Mee celup ni berasal dari sempadan Siam. Di kelantan pun memang glamer lah makanan ni.

So, harini nak duplicate air tangan mak...hehe....  Jeng jengggg..... Ok jom saya kongsi resepi mee celup ni dengan anda semua.... senang sangat tau!

Bahan-bahan:




  1. Bihun / Mee Kuning / Kuew Teow 
  2. Sayur Kangkung
  3. Taugeh
     Sup

  1. Sup Bunjut
  2. Daging ( sukatan ikot suka)
  3. Bawang Putih 20 ulas
  4. Bawang merah 6 ulas
  5. 1 biji bawang besar ( dipotong dua)
  6. Halia 1 inci
  7. Lada hitam 10 biji
  8. Daun sup
     Perencah


  1. Ikan bilis goreng
  2. Bawang goreng
  3. Serbuk Cili
  4. Kacang tanah tumbuk ( digoreng, dibuang kulit dan tumbuk)
  5. Lobak Masin
  6. Limau nipis
  7. Sambal Cili Padi Kicap
  8. Daging yang dugunakan untuk buat sup dipotong kecik-kecik
Cara-cara

Sup
Blend bawang putih sehingga lumat. 
Panaskan sedikit minyak.
Tumiskan bawang putih bersama rempah sup ( rempah 4 sekawan), lada hitam dan halia.
Bila wangi masukkan air dan daging. Masukkan juga sup bunjut.


Renehkan sehingga daging masak.
Masukkan juga bawang besar yang dipotong dua.
Bawang merah dihiris nipis dan digoreng. 



Kemudian masukkan bawang merah yang digoreng tadi kedalam sup yang sedang mendidih. Masukkan juga daun sup. 
Okeh sup dah siap....



Sayur
Sayur kangkung dipotong halus dan di campur bersama taugeh. Tak perlu dicelur.



Ok dah nak siap. Pastu boleh lah hidang.... masukkan mee kedalam mangkuk masukkan semua perencah dan sup.. siap!!... nyumm nyumm....



Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera..

Salam sayang :)







Saturday, 23 November 2013

TESTIMONI VIVIX!!


Assalamualaikum.... 

Alhamdulillah dapat jugak mase nak update blog ni setelah berperang dengan si kecik tu.... Orang nak update blog die pun sebok lah nak kerja jugak... ermm camni lah kalau ade anak kecik... ape kite nak buat die pun sebok nak buat...

Ok sudah sudah......malam ni nak share dengan korang beberapa testimoni dari pengguna Vivix. Memandang masih ade lagi 7 hari untuk promosi Vivix, jadi saya rase patut saya dedahkan kat korang tentang kehebatan Vivix yang dialami oleh pengguna...

































Dulu saya pun takde perasaan bila orang sibuk2 bercakap pasal kehebatan Vivix. Lagipun harga yang mahal seolah saya tak confident untuk share dengan orang ramai... Tapi saya silap, masyarakat di luar sana lebih mementingkan kesihatan dari wang ringgit.. Harga Vivix yang mahal adalah setanding dengan kualitinya... Anda boleh refer pada entri saya yang sebelum ini untuk mengetahui lanjut tentang Vivix. 
                                                     http://adniharlina.blogspot.com/search/label/Vivix

Bagi anda yang nak dapatkan Vivix boleh hubungi saya yea.... thanks!

Salam sayang semua,





Friday, 15 November 2013

Berniaga VS Makan Gaji


Yeayyy..... Alhamdulillah.... :)

Tengah bulan datang lagi.... asal tengah jer bulan excited.... asal tengah bulan jer besar bijik mata....hahaha...... Kalau dulu bila tengah bulan jer sesaknyeeee nak menunggu gaji hujung bulan.... Tapi sekarang tidak lagi.... syukur... syukur....

Ape yang best sangat ni pasal tengah bulan?.... Cam best jerr.... cam seronok jerr.... emmm ape lagi... seronok ler dapat bonus Shaklee.... bonus bukan 1 angka tau... bukan 2 angka tau...malah bukan 3 angka.... tapiii 4 angka.... Alhamdulillah..... syukur sangat sepanjang 4 bulan join shaklee dapat merasa bonus 4 angka kali 4 sudahhh......

Tapi ape yang seronok sangat pasal dapat bonus ni?... duit beb!.... mau tak seronok...hehe.... seronok sangat sebab ini lah hasil titik peluh sendiri... hasil bisnes sendiri.... hasil kerja keras sendiri.... Actually lain sangat feel bila dapat bonus Shaklee compare to dapat gaji... Hasil dari bonus Shaklee ni adalah hasil dari bisnes kite sendiri... macamne kita sayang bisnes kita macamtu juga lah manisnya bile dapat merasakan hasilnya....Gaji adalah hasil kite bekerja dengan sesuatu company yang sah sah bukan milik kita... macam mane rajin pun kita kerja ia tetap bukan company kita.... itu lah perbezaan...




Saya bukan nak cakap makan gaji tu tak best... lagi2 bila bergaji besar... mestilah best kan?.... tapi kat sini saya cuba highlight tentang kepuasan.... saya pun masih lagi makan gaji sekarang.... sebab tu saya boleh buat perbandingan.... Dulu saya fikir saya akan makan gaji sampai ke umur pencen.... sebab langsung takde self esteem untuk mencuba sesuatu yang baru.... tapi alhamdulillah sekali saya melangkah memang takkan patah balik... No turning back omputih cakap..hehe.... saya teramat yakin ape yang saya lakukan sekarang.... Alhamdulillah syukur pada Allah kerana dikurniakan keyakinan.

Harapan saya ialah ingin terus maju dalam bisnes sendiri.... sudah tidak larat untuk bekerja dengan orang... kalau pilihan yang ade itu boleh merubah nasib diri dan keluarga tidak salah mencuba kan.... Lebih lebih lagi 9/10 dari punca pendapatan adalah daripada perniagaan. InsyaAllah yakin boleh!!... :) 

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/adniharlina

Daaaa.....jumpe lagi.... salam kemenangan untuk semua :)







Tuesday, 12 November 2013

Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja!!.....


Tittle yang agak panas kan??...hehehe

Tapi kenapa saya berani ke depan?... berani merubah saya yang dulu kepada saya yang kini.... kalau saya yang dulu suka duk belakang tabir.... poyo malu-malu gitu....hahaha.... tapi bila fikir fikir balik adalah satu kerugian besar bagi saya.... saya perlu bertindak untuk memajukan diri sendiri.... rezeki tidak akan datang bergolek... nasib tidak akan berubah jika hanya melukut di tepi gantang.

Ade yang bertanya dari mana saya dapat inspirasi untuk memajukan diri sendiri... pertama saya bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka yang banyak memberi suntikan semangat untuk keluar dari comfort zone. Dulu saya hanya menunggu gaji bulanan untuk menampung kehidupan.... Nak cakap cukup sangat memang tak lah kan... Hanya cukup cukup untuk kehidupan biasa...Tapi pada masa tu hanya redha dan cukup cukupkan sajer lah.... haha... Nak bagi lebih kat mak abah pun tak boleh.... nak buat amal kebajikan pun terhad.... itulah comfort zone saya pada suatu ketika dulu...

Alhamdulillah... Allah menunjukkan jalan terbaik untuk saya memajukan diri sendiri..... saya lagi terinspirasi bila membaca sebuah ebook percuma yang bertajuk " SORRY BOSS SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA " 

               http://www.ebookniaga.com/sorryboss/adniharlina                                




Dari situ jelas lah rezeki Allah sangat lah luas.... tiada istilah kesempitan rezeki jika kita terus berusaha dan yakin dengan Allah.... Alhamdulillah saya sekarang boleh menjana pendapatan 4 angka dari side income..... Sesuatu yang saya tidak pernah jangka akan berlaku dalam hidup saya.... Alhamdulillah... saya akan terus bertindak tanpa henti untuk mencapai impian terdekat iaitu memperoleh pendapatan 5 angka Januari 2014.... InsyaAllah...amin.... selagi ade usaha dan yakin semua tidak mustahil bagi saya.... sebab Allah adalah Maha Pemurah dan penentu segala galanya....InsyaAllah...

Bagi saya semua orang boleh berjaya jika ade semangat, usaha dan keyakinan pada Allah... insyaAllah...
Salam kejayaan  untuk semua... :)