Live Life To The Fullest

Live Life To The Fullest

Tuesday, 8 October 2013

I Wish To Be.....


I WSIH to be.....ohh no no.... I WILL to be... yess.... :)

Dalam hati ni terdetik nak buat bisnes... Tapi bisnes ape ya??... Modal pun tak banyak... Rasa macam dah penat kerja dengan orang... Teringin nak jadi boss....haha... Mimpi ke ape??... Takpe takpe.... Tungguuu.....

Tapi yang paling menguatkan semangat adalah pasal anak... Hati ni memang nak sangat jaga anak sendiri.... Duduk di bandaraya Kuala Lumpur ni kan macam- macam kes pasal taska dan pengasuh.... Risau juga keadaan anak sendiri.... Tapi kalau tak kerja takkan nak duduk rumah tanpa buat apa-apa.... Cukup ke belanja seharian... Cukup ke nak tampung keperluan hidup kalau harapkan suami jer bekerja.... errmmm memang kena fikir panjang....

Setiap kali selepas solat, aku doakan ' Ya Allah pertemukan lah aku peluang pekerjaan yang lebih baik dari sekarang'... Aku bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada sekarang.. Tapi memerlukan sesuatu yang lebih dekat di hati.... lebih membahagiakan... lebih dekat dengan Allah....

Alhamdulillah sesungguhnya Allah itu Maha Mendegar... Maha Mengasihi.... Allah pertemukan aku dengan peluang perniagaan yang boleh mencapai impian aku selama ini....Alhamdulillah.... Working At Home Mother ( WAHM ) dengan income 5 angka sebulan..... Atau mungkin 6 angka..... InsyaAllah dalam masa terdekat nanti....Amin......





Duduk rumah, bekerja dari rumah dengan pendapatan 5 angka sebulan siapa tak nak kan?.... Bunyi macam mudah tapi aku percaya tiada jalan pintas untuk berjaya.... Semua itu memerlukan usaha, pengorbanan dan kesabaran yang tinggi... Semoga Allah tetapkan hati aku untuk terus berjuang.... Apa yang paling penting aku boleh jaga dan didik anak sendiri.... Senang hati bile mereka membesar depan mata sendiri.... Boleh hantar dan jemput anak ke sekolah.... bessttt....

Tapi aku percaya ramai akan memandang serong sebab belajar tinggi tinggi tapi tak kerja... hehe... Bukan tak kerja lah.... Tetap bekerja tapi bekerja dari rumah....Sendiri jadi boss sendiri jadi kuli....bestt kan...hehe....Biasalah tu kan... Kalau orang tak paham takpe...biarkan..paling penting diri sendiri tau ape nak buat dan orang terdekat memahami kita... Itu dah cukup...




So, kalau dah nak kerja dari rumah kena lah ade SOHO ( Small Office Home Office) kan.... ermm dah boleh start berangan nih macam mane nak rupakan idaman SOHO nanti....wink...wink.... 




Mak aiihhhhh comelnya.... hehe..... Dengan itu perjalanan cabaran aku sudah berjalan bermula 3 bulan lepas... Alhamdulillah pelbagai cabaran mendatang.... Namun hasilnya tersangat lah manis.... bersyukur sangat pada Allah.... Cabaran seterusnya aku akan teruskan tanpa alasan....  InsyaAllah.... Amin....









Vitamin C


Apabila bercerita pasal vitamin C, semua orang mesti terfikir ia amat penting untuk mencantikkan kulit. Tahukah anda, selain untuk kulit, Vitamin C menpunyai pelbagai fungsi lain yang sangat membantu untuk badan manusia.

Jom saya nak sharing sedikit info pasal apa itu Vitamin C, kepentingan dan kegunaan.

Apa itu Vitamin C.

Vitamin C adalah vitamin larut air ataupun water soluble vitamin, yang bermaksud bahawa badan kita tidak menyimpannya. Kita perlu mendapatkannya daripada makanan, termasuk buah-buahan sitrus, brokoli dan tomato.

Anda nak tahu kenapa kita perlukan vitamin C ini ??Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan kita. Vitamin C juga membantu badan membuat kolagen, protein penting yang digunakan untuk membuat kulit, rawan, tendon, ligamen, dan saluran darah. Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka, dan untuk membaiki dan mengekalkan tulang dan gigi.

Vitamin C adalah antioksidan, bersama dengan vitamin E, beta-karotena, dan lain-lain nutrien berasaskan tumbuhan. Antioksidan menyekat sebahagian daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, bahan yang merosakkan DNA. Peningkatan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, dan artritis.


Kegunaan Vitamin C.

Kegunaan Vitamin C sangat banyak, salah satunya untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Sayangnya, Vitamin C tidak mudah disimpan dalam tubuh, dan perlu “diisi ulang” setiap hari. Makanan yang kita makan sehari – hari sebenarnya sudah mengandung Vitamin C tapi kita perlu makan dalam porsi yang jauh lebih besar agar mendapatkan nilai gizi yang seimbang untuk tubuh. Jika kita tidak mendapatkan jumlah Vitamin C yang cukup dalam sistem tubuh anda, maka kesihatan akan mulai terganggu.

Vitamin C mampu menjaga tubuh dari kerosakan persekitaran akibat ubat dan asap rokok. Hasil penelitian juga menunjukkan bahawa Vitamin C membantu mengurangi gangguan pernapasan akibat alergi dan asma. Yang paling penting, Vitamin C meningkatkan fungsi sistem kekebalan tubuh yang sihat. Penelitian juga menunjukkan Vitamin C mampu menciptakan fungsi pembuluh darah yang sehat dan membantu menjaga dinding arteri dari tersumbat, dengan itu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.


Tahukah anda...

Jambu Batu Mempuyai Sumber Vitamin C yang Tinggi!



Jambu batu dipercayai mempuyai sumber vitamin C yang tinggi didalam bentuk asid askorbik.Secara perbandingan kandungan asid askorbiknya jauh lebih tinggi daripada buah-buahan yang lain. Ia mengandungi 3 hingga 6 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah oren, 10 - 30 kali lebih banyak berbanding dengan pisang, dan kira-kira 10 kali lebih banyak berbanding dengan buah betik. 

Suatu kultivar yang diperkenalkan dan ditanam di Malaysia iaitu Donrom tanpa biji, dilaporkan mempuyai kandungan vitamin C nya 100 - 300 I.U. bersamaan dengan jumlah kandungan dalam 27 biji epal. Julat nilai asid askorbik yang dilaporkan ialah 10-1160 mg per 100g buah. 

Kebanyakan asid askorbik tertumpu di dalam kulit dan mesokarpa luar, mencapai nilai maksimum didalam buah hijau yang matang sepenuhnya dan merosot apabila buah ranum. Kultivar isi merah jambu dilaporkan mengandungi jumlah asid askorbik yang lebih tinggi berbanding isi bewarna putih. 




Bagaimana saya boleh membantu anda untuk mendapat sumber Vitamin C yang terbaik?

Shaklee mengeluarkan 2 produk untuk Vitamin C, iaitu:

 Chewable Vita-C™ 100 mg


    Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk       kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Apa kebaikannya? Jom kita baca!
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Tabletnya lebih kecil dari Sustained Release Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  • Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda 

Keistimewaan Chewable Vita C
  • Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam Sustained Release Vitamin C shaklee
  • Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin
  • Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam)
  • Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas  juga.
  • Boleh juga dijadikan sebagai snek atau seperti gula-gula.


Sustained Release Vita-CTM500 mg





Ia mempunyai teknologi pelepasan masa. Di mana ia mampu dilepaskan 100mg setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti!

Bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Keistimewaan Sustained Released Vitamin C dari Shaklee.
  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.
Okey setakat ini dulu saya story pasal vitamin c... Next post saya story lagi yea... So please bear in mind vitamin C amat penting untuk tubuh kita.. Sayangi badan anda anugerah Illahi.. love u!.. :)