Live Life To The Fullest

Live Life To The Fullest

Tuesday, 24 December 2013

Balik Kampung...ho..ho...ho...


Balik kampung..ho..ho balik kampung...siapa tak suka balik kampung??.... semua orang suka kan...tempat jatuh lagi dikenang....ini kan tempat bermain....tempat membesar....

Minggu lepas berpeluang balik kampung...walaupun tak lama hanya 3 hari namun tetap best... Takleh nak balik lama-lama sebab cuti pun dah takde... So enjoy jer lah 3 hari.... Alhamdulillah...

Terbang ke Kampung Halaman.


Indahnya ciptaan Ilahi.

Jumaat pagi pagi lagi bergerak ke LCCT untuk terbang di awan biru menuju ke Kampung Sabak, Pengkalan Chepa. Air Asia jadi pilihan...sebab??....ermm murah ler..hehe...Yang paling excited si kecik hensome tu lah sebab dapat naik aeroplane... Asal cakap nak naik aeroplane jer fuhhhh bulat bijik mata....haiyaa...


Jakun betul budak ni.

Alhamdulillah pukul 9.30 pagi selamat sampai di bumi kota bharu. Abah dan Mak dah bersedia menunggu kat airport. 
Menunggu anak-anak dan cucu-cucu tersayang balik.



Cucu-cucu kesayangan Atok



Makan Pagi.

Perot dah lapar nih... dah pukul 9.30 pagi harus ler lapar..huhu... Jom breakfast dulu... Tempat yang menjadi pilihan setiap kali balik kampung ialah Kopitiam Kita. Kopitiam ni memang menjadi pilihan ramai... Setiap kali datang pasti ramai orang.. Ape yang best??... jom tengok..


Kopitiam Kita menjadi pilihan ramai.

Kopitiam Kita terletak di Dusun Raja, Jalan Pengkalan Chepa, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Pemilik kedai ini berbanga Cina iaitu Mr N H Wong ( 019 981 0880) merupakan seorang kontraktor pada asalnya dan berubah ke bidang perniagaan pada 6 tahun lalu. Gerai yang pada mulanya dibuka pada tahun 2006 ini telah menjadi kegemaran masyrakat di Kota Bharu dan telah ramai tetamu VIP melawat dan singgah makan disini.



Terdapat pelbagai jenis nasi bungkus termasuklah nasi belauk yang menjadi kegemaran masyarakat Kelantan

Keistimewaan Kopitiam Kita ini adalah pemilik kedai ini menyediakan pelbagai jenis menu makanan. Pelbagai jenis makanan dari sekitar negeri Kelantan dikumpulkan disini dan disebabkan itu anda boleh memilih pelbagai jenis makanan tradisonal yand anda terasa ingin makan keranan semuanya ade disini.

Selain harganya yang murah dan makanan yang sedap, kopitim kita juga terkenal dikalangan tetamu kenamaan dan disebabkan itu ramai orang datang kesini dari seluruh peringkat umur. Makanan disini dijamin halal kerana ia dimasak oleh orang Islam dan anda tidak perlu risau untuk kesini.

Antara juadah yang terdapat disini ialah Nasi Belauk, Nasi Dagang, Nasi kerabu, Laksam, Satay dan macam-macam lagi.


Nasi Tumpang, juadah favourite Hafiy

Anda pernah nampak atau makan Nasi Tumpang tak? Ini adalah salah satu makanan tradisonal Kelantan. Nasi dan lauk yang dimasak secara original dan dimasukkan kedalam bungkusan daun pisang mewangikan lagi juadah.



Penyanyi No 1 Negara pun pernah ke Kopitiam Kita

Kalau anda perasan yang dekat dinding kedai terdapat banyak gambar-gambar. Itu adalah gambar-gambar orang kenamaan atau artis-artis yang pernah datang ke Kopitiam Kita. Pemilik kedai mengabadikan setiap gambar sebagai dekorasi kedai.

Satu lagi menu yang paling special disini ialah Roti Titab. Menu ini memang menjadi pilihan saya setiap kali datang kesini. Menu ini berasal dari Singapura dan amat sukar untuk didapati di Malaysia. Gabungan roti bakar bersama kaya dan telur separuh masak memang terbaik.



Gabungan telur separuh masak dan Roti Titab memang akan menyempurnakan pagi anda...hehe

Alhamdulillah. Perot dah kenyang. Jom balik rumah. Balik kampung kali ini sangat bernasib baik sebab kebetulan ada Kelas Magic Santai dari Master Zahirah. So memang tak leh lepaskan peluang keemasan ini. Nanti entri seterusnya saya story pasal Kelas yang penuh dengan aura tu yer... daaaa...



Kampung ku indah permai...hehe

salam sayanggsss....








Monday, 2 December 2013

Kurus Dengan Omega Guard..


Bulan ni saya nak panggil bulan kurus..... kenapa yea?...hehe.... sebabnya December 2013 adalah promo untuk Omega Guard. BUY 6 FREE 1.... waahhh memang terbaik lah....




Tapi ape kaitan kurus dengan Omega Guard??...
Ermm mungkin masih ade yang belom mengetahui kebaikan produk Omega Guard dari Shaklee.... Tapi serius saya cakap Omega Guard ni adalah salah satu vitamin favourite saya... setiap malam sebelum tidur saya pasti mengambil sebiji Omega Guard... Tujuan??... haaa terbaik punya tujuan.... tujuan untuk pelawasan di pagi hari esoknya... terbaik kann.... :)

Dan berita baik bagi mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.... Omega Guard berfungsi sebagai pembakar lemak. Tapi macam mane Omega membakar lemak??

Omega Guard berasal dari minyak ikan. Dan fungsi minyak ikan adalah membantu membakar lemak yang termendap. Didalam Omega Guard terkandung Omega 3 dimana fungsinya melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam. Maka disaat anda sedang bersenam pembakaran lemak akan berlaku dengan aktifnya. 

Omega 3 berfungsi untuk:

  • Menghalang pembentukan lemak
  • Menambah metabolisme
  • Membakar lemak termendap.
  • Menghalang penghasilan hormon cortisole yang boleh menggalakkan penyimpanan lemak
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah.
  • Menambah kadar penghasilan serotonin iaitu sejenis kimia otak yang buat kita rase kenyang, so boleh lah control makan dan berdiet...
Sebagai tambahan, pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dari kebiasaan. Apabila insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin Rendah juga membantu mengawal gula. Maka gula atau karbohidrat tidak akan menjadi lemak.

Ok rasenya sudah jelas bagaimana memilih produk untuk kuruskan badan. Adalah penting bagi setiap orang memilih produk yang sihat dan menjamin kesihatan. Apa yang penting kurus secara sihat. 

Ingin dapatkan harga promo??.... saya boleh membantu... 

Salam ukhwah :))