Live Life To The Fullest

Live Life To The Fullest

Wednesday, 1 January 2014

Kenapa Perlu Kaya..?


ADA 7 SEBAB MENGAPA KITA PERLU KAYA.

Saya amat tertarik bila membaca satu artikel mengenai mengapa kita perlu kaya. Secara dasarnya orang akan nampak kita terlalu mengejar dunia, mengejar kakayaan. Tapi pada bila difikir pada sudut positif ianya terlalu bermakna dan tersentuh.

Mengapa saya berkata demikian?... Sebab saya amat tersentuh apabila membaca artikel tersebut. Membuat saya seolah terjaga dari tidur yang lena sebelum ini. Allahuakbar!


7 SEBAB MENGAPA PERLU KAYA
  • Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam Ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat dan impian mereka? 
Tergamakkah kita berkata " aku pun takde duit"


  • Bila ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka? 
Tergamakkah kita berkata " aku pun tak cukup makan"

  • Bila ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil-bil klinik, hospital dan kos perubatan mereka?Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta-minta   dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi memahamikah kita keadaan mereka.
Tergamakkah kita berkata " aku pun banyak hutang kena bayar bulan ni"


  • Bila ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak-anak datang menjenguk, siapa yang akan pulang menjenguk mereka. Sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata " aku bukan taknak balik tapi tak dapat cuti"

  • Bila ibubapa anda ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisnya dan menguruskan jenazahnya. Perhatikan wajah ibu/ bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka, adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita berkata, "aku bukan tak nak baliktengok mak/ bapak aku masa dia sakit tempoh hari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat"

  • Bila ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi seorang ibu atau ayah? Benarlah, ibu atau ayah boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga ibu atau ayah.
Tergamakkah kita berkata, "aku sibuk, biarlah adik beradik aku yang lain uruskan"

  • Bila ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan? Ketahuilah, walau apa pun yang kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu... setitik keringat ayah... apakah nilainya pada kita? Lupakah kita bagaimana ibubapa kita? Boleh kita bayangkan bersama-sama? Sedarlah saudara dan saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup. Sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat-sangat besar.  


Buktikan!!! Biarlah 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR-BENAR NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkan lah kejayaan sebelum mereka menghembus nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI SENDIRI...

Al-fatihah untuk kedua ibubapa kita, moga Allah merahmati mereka.

Sharing is caring.... sebarkan ilmu bermanfaat ini    

Jika anda suka dengan entri ini, mohon anda tekan like button di atas title posting. Semoga entri boleh memberi inspirasi dan manfaat kepada orang lain juga.