Assalamualaikum....
Kali ini tergerak hati nak bercerita tentang pengalaman baru saya pada minggu lepas. Memang sesuatu yang baru dan sangat manis. Kerana ia telah membuka minda, hati dan jalan seluas-luasnya.
Pada 17, 18 & 19 January 2014 saya telah menghadiri kursus Advance Marketing Power (AMP) Dr Azizan Osman yang diadakan di Malaysia International Exhibition Convention Centre (MIECC) di Sri Kembangan.
BEST KE AMP??
Pada mulanya saya tidak terfikir pun untuk menghadirkan diri ke AMP. Pada mulanya mentor saya menawarkan tiket AMP RM 333 untuk seorang. Tapi pada masa tu saya buat tak tahu jer sebab tiada keinginan pun nak pergi.
Tetapi bila mentor saya cuba menerangkan sesuatu pasal AMP itu adalah sangat bagus dan banyak manfaatnya. Sehingga mentor saya berkata,
" Kalau siapa-siapa yang pergi AMP dan tidak berpuas hati dan rasa macam tiada manfaat saya akan pulangkan balik duit kamu"
Wah sampai camtu sekali. Saya pun berani sahut cabaran mentor saya itu.
Kursus selama 3 hari yang sangat hebat tu dihadiri oleh 5400 orang. Pada mulanya saya pun pelik. Apasal lah ramai sangat orang datang kursus Dr Azizan ni?..hebat sangat ke dia?
Sebelum ni saya tidak pernah menghadiri apa-apa kursus Dr Azizan. Dengan itu saya lansung tidak tahu sejauh mana kah hebat & bagusnya kursus itu seperti yang digembar gemburkan oleh orang ramai.
AMP BERMULA
Perjalanan saya dari rumah ke Sri Kembangan berjalan lancar. Tetapi setiba nya di Jalan Dulang, Sri Kembangan, mak aaihh jam teruk. Adakah semua kesesakan ini disebabkan AMP?..Jawapannya ya!
Ini memang pengalaman baru! Semua kenderaan menuju ke MIECC.
KELAS BERMULA
Jam 8.15 pagi saya tiba di MIECC dan terus mendaftarkan diri. Tepat jam 8.30 pagi AMP bermula. Crew yang bertugas adalah sangat best kerana semua tidak lokek senyuman dan sedia membantu.
Semua orang bersesak-sesak memasuki dewan dan mencari tempat duduk.
Kelas bermula dengan tayangan video dari komen perserta-perserta kursus yang lepas. Selepas itu dewan dihangatkan dengan senam robik oleh Abang Bare-Bare.
Eh ade senam robik?..biar betul?.. yea ini lah kelainan dan keunikan kursus Dr Azizan Osman. Dengan itu, setiap orang seperti mempunyai kuasa luar biasa untuk memperlajari ilmu dan menyuntik semangat setiap orang.
Disini diwujudkan suasana happy dan enjoy supaya semua orang tidak bosan dan stress untuk menceduk ilmu. Itu adalah cara yang terbaik.
Kemudian, kemunculan mentor No 1 Negara, Dr Azizan Osman. Keadaan dewan semakin gamat dengan jeritan dan tepukan. Sampai ada yang berdiri atas kerusi. Mak aihhh!..hehe. Tapi itu lah fanomenanya. Satu- satu kelas dalam Malaysia ni yang boleh berdiri atas kerusi, kelas DAO jer!
KELAS NON STOP
Fuhh... jadual sangat pack. Non stop!. Kalau ada mase rehat pun waktu sembahyang dan makan sahaja. Memang takde waktu minum pagi ker, minum petang ker.
Kelas bermula pada 8.30 pagi sampai pukul 1.00 petang. Kemudian rehat sebentar untuk makan tengahari dan solat Zuhur. Kemudian kelas bemula balik pukul 2.30 petang sampai pukul 5.30 petang. Dan seterusnya pukul 8.00 malam sampai 10.30 malam.
Penat memang tak payah cakap lah kan. Tapi penat sekalipun hati rasa seronok sebab corak penyampaian oleh DAO adalah sangat menarik sehingga kan dapat menarik perhatian satu dewan seramai 5400 orang memberi sepenuh perhatian kepada penyampaian beliau. Sangat hebat kan!
Bila sampai masa rehat lautan manusia berpusu pusu keluar. Masa tu terdetik, Ya Allah rupanya ramai manusia yang dahagakan ilmu. Alhamdulillah.
PERKONGSIAN HEBAT
Saya tertarik pada satu perkongsian dari salah seorang speaker iaitu Jerry Rizal. Bagi mereka yang selalu menghadirkan diri kelas DAO pasti sudah tahu siapa dia kan.
Saya memang blur sebab saya tak pernah kenal pun siapa dia sebelum ni. Tetapi bila saja dia 'on stage' semua orang terjerit-jerit. Dalam hati terfikir 'best sangat ke dia ni?' haha...
Dan baru saya faham. Jerry Rizal adalah sangat best. Penyampaian beliau sangat terkesan di hati. Keikhlasan beliau menceritakan zaman gelap beliau sehingga beliau berjumpa 'Nur' dan memulakan hidup baru.
Alhamdulillah.
JEM LAGI
Sewaktu tamat kelas, jam 10.30 malam sekali lagi mengharungi kesesakan jalan raya. Fuh hampir 1 jam jugak la nak keluar dari tempat parking.
PALACE OF GOLDEN HORSES
Haha... tapi yang paling best saya tak balik Gombak. Saya sudah membuat tempahan awal satu bilik hotel di Palace of Golden Horses.
Hotel yang sangat selesa dan cantik. Meh saya kasi view sket....zasss....
3 HARI BERLALU
Alhamdulillah.... syukur dapat menghabiskan 3 hari yang sangat bermanfaat. Penat memang tak yah cakap lah, penat sangat. Tapi penat itu hilang bila banyak sangat dapat manfaat dan pengalaman baru.
Bsersyukur sebab di izinkan Allah untuk menghadirkan diri ke AMP kali ini. Ilmu yang disampaikan oleh DAO samada ilmu bisnes atau pun ilmu keagamaan sangat membuat saya tersentap. Jadi sya dah faham kenapa orang menggelarkan DAO itu sebagai mentor no 1 negara. Dan saya sangat bersetuju.
HARAPAN
Harapan saya moga di lain masa saya akan terus berpeluang untuk menghadiri kursus lain lagi anjuran DAO. Kalau anda yang masih teragak-agak nak menyertai mana- mana kursus, sila lah pergi. Memang anda tidak akan menyesal.
Anda pasti pulang dengan senyum lebar sebab anda telah dapat sesuatu yang membuat anda tersenyum. :)
Saya adalah Shaklee Distributor. Jika anda ingin memerlukan satu perniagaan yang bermodalkan hanya serendah RM75 boleh hubungi saya. InsyaAllah saya akan bantu anda menggenggam bonus 4 angka sebulan. Alhamdulillah, saya sendiri pun sudah merasa bonus 4 angka sebulan berserta dengan Car bonus. InsyaAllah tidak lama lagi saya akan merasa bonus 5 angka. Tiada yang mustahil. Man jadda wajada.
Jika anda suka dengan entri ini, mohon anda tekan like button di atas title posting. Semoga entri boleh memberi inspirasi dan manfaat kepada orang lain juga.
No comments:
Post a Comment